Tuesday, February 7, 2012

Murid Tahun 1 sesi 2012...

Alhamdulillah, tahun 2012 bermula dengan baik. Bebanan kerja macam biasa, sebagai guru kelas Tahun 1, memang banyak benda perlu diselesaikan. Selepas satu....satu kerja lain muncul. Setakat ini, alhamdulillah masih dapat menghadapi semua situasi dengan baik. Dan kawan-kawan sekerja pun banyak membantu. Di rumah Encik Suami pun banyak menghulurkan bantuan, meringankan tulang.

Insyirah Jazilah kini dah berusia 3 bulan, dengan berat 6.3 kg. Membesar dengan sihat anak ibu dan abah. Memang satu cabaran dalam membesarkan anak sendiri. Tiap-tiap detik dan saat tumbesaran Insyirah cuba dipotretkan. Hahaha...jangan marah ye si kecil, bila ibu kejap-kejap pegang handphone atau camera...^^ send to Tok Ayah and Mak Tuk. Hari-hari ada je gambar terkini Insyirah.

Di sekolah...badan pun dah ringan, tak macam tahun lepas, kenderaan muatan berat org kata. Jalan pun slow sahaja..tahun ni, laju kembali seperti biasa. Maklumlah guru tahun 1 memang terkejar-kejar ke sana sini.

Tahun ni, murid agak slow berbanding dengan tahun lepas, mudah-mudahan sebulan dua lagi mereka menunjukkan peningkatan dalam pembelajaran. Telinga mereka ni ada sedikit masalah agaknya. Hahaha..sebab tak faham bila ditegur suruh diam, duduk di tempat sendiri, atur meja dan macam-macam la. Sabar sajalah...Mulut memang macam bertih jagung. Baik lelaki atau perempuan.

Dalam kelas aku juga, ada 6 orang murid tidak tahu ABC, tidak kenal huruf. Apa yang mereka buat di sekolah tadika??? Menyanyi lagu ABC memang sangat pandai, tetapi huruf tidak kenal. Apa guna mereka ke sekolah tadika atau pra sekolah? Buang masa? Bila masuk Tahun 1 di sekolah rendah, beban ini terpaksa dipikul oleh guru-guru Tahun 1. Sekurang-kurangnya kenal huruf A. Ini tidak, langsung tak kenal huruf dan pakai sebut ikut sedap mulut sahaja bila disoal. Memang naya....naya besar kepada budak ini juga serta guru yang mengajar. Harap lepas saringan LINUS, murid ini akan dimasukkan ke kelas yang sepatutnya supaya sesi pembelajaran mereka berbeza dan lebih diberikan perhatian oleh guru-guru LINUS nanti.

Ada dua orang murid seperti ada masalah pertuturan. Tidak dapat mengulang apa yang guru katakan. Tidak dapat menyebut dengan jelas. Pada pandangan mata kasar, ada beberapa murid boleh dikategorikan sebagai slow learner dan menghadapi masalah pembelajaran. Macam sesuai masuk ke Kelas Khas. Tapi bukan semua ibu bapa dapat terima keadaan ini kan. Pada mereka CACAT itu hanya pada FIZIKAL. Kasihan juga pada murid-murid ini. Mereka pun tak minta dilahirkan sedemikian tapi sekurang-kurangnya ada usaha untuk memberikan kehidupan terbaik kepada insan sebegini.

Hasil daripada siasatan penyelaras Tahun 1, ramai murid tadika/pra sekolah hanya bersekolah sebulan dua. Kemudian langsung tidak datang ke sekolah sampai ke hujung tahun. Tapi dapat sijil sekolah juga...tak patut! Itu silapnya. Hm...patutnya ditetapkan kehadiran sebagai satu perkara yang WAJIB. Tidak boleh ponteng sesuka hati. Sepatutnya dijadikan, kehadiran itu sebagai salah satu syarat untuk menduduki peperiksaan. Kalau kehadiran tak bagus, tak payah menduduki peperiksaan dan tak payah naik tahun. Hahaha sampai tua la duduk di tadika kalau tidak berubah.

Ibu bapa sekarang banyak mengikut rentak anak-anak. Anak-anak sendiri yang menentukan mahu bersekolah atau tidak. SUKA HATI saja. Ada yang sampai kena paksa, meraung-raung, lari dari kelas, cuba keluar dari kawasan sekolah dan macam-macam. Bagaimana perkara ini boleh berlaku?? Adakah kerana GURU GARANG?? SEKOLAH TAK SERONOK?? atau DIDIKAN IBU BAPA DI RUMAH?? Kalau guru tak garang, murid pijak kelapa..tapi setakat ni GARANG sahaja la, tak pula aku ni meluku kepala budak, menarik telinga mereka seperti beberapa org guru lakukan. Tak sampai hati! Aku hanya miliki suara yg besar dan kehebatan dalam membebel. Hahahaha....SAYA SUKA JADI CIKGU.

Zaman aku sekolah memang berbeza dengan sekarang. Dulu aku takut sangat dengan ibu bapa dan guru. Sekarang, ibu bapa sendiri dimarah (seorang anak memarahi ibunya seorang cikgu kerana ibunya lupa membawakannya buku teks DST). Kalau zaman aku dulu, berani marah/tengking2 ibu bapa?? Makan penampar la jawabnya...

Mudah-mudahan tugas aku sebagai guru pada tahun ini dipermudahkan. Dan ilmu yang diberikan sampai kepada anak-anak murid ku dengan jayanya dan mereka memanfaatkan sebaik-baiknya.

2 comments:

RULZA said...

insyaallah amin...:)

intan_has said...

sudah saringan 2...masih ada yang belum kenal nombor...kini daku adalah GURU LINUS....^^,