Wednesday, April 8, 2009

Hari ini hari khamis...

Hari ni hari Khamis. Ramai guru tiada di sekolah kerana terlibat dengan program MTAQ peringkat bahagian Miri. Banyak kelas kena sit in. Hihi SIT-IN..mula nya aku tak biasa juga, apa sit-in ni,sebab di semenanjung orang panggil relief class. Lucu juga ni. Tapi dah duduk di sini, makanya biasa-biasa kan sahaja lah. Banyak perkara yang tak biasa sebenarnya tapi layankan sahaja selagi aku tak rosak jiwa dan raga.

Orang-orang di sini biasa sahaja dan aku pula dengan hal aku sahaja lah. Tak kuasa aku nak layan lebih-lebih. Pelik-pelik juga. Hihi. Aku paling suka kelas tahun 1C sebab kelas ni mudah diajar serta mereka dapat memberikan kerjasama yang baik. Tak macam kelas 1B, aduhh lelah aku dikerjakannya. Macam-macam ragam..tapi aku dah mula tersenyum sebab beberapa pelajar dah mula mengingat. Bagus lah tu...

Orang tanya juga aku ni tak mahu minta pindah? Hm aku pula tak tahu nak jawab apa ya? aku ni nak pindah ke tidak ya? Kawan-kawan ada juga yang nak pindah. Mulanya aku pun menjangkakan aku akan sepi juga kalau kawan-kawan ni tak ada kan tapi itu hak masing-masing, mereka nak pindah, aku terima sahaja. Moga itu yang terbaik buat mereka. Aku nanti jumpa lah kawan lain. Itu lah kawan, ada yang datang dan pergi kan. Bukannya selamanya bersama dengan kita. Lagipun lepas ni boleh jumpa lagi..hihii..takut mereka jadi mangsa ambil aku di airport nanti...hek hek hek..

Semenjak datang Sarawak ni, aku kerap betul berjalan-jalan, ntah ke mana-mana sahaja aku sampai. Asalkan aku rasa tempat tu menarik, aku sampai la. Kebetulan kawan-kawan di sini pun jenis ON ja. Makanya aku pun ON ja la...hihi seronok la jalan-jalan, melihat tempat orang. Sementara masih muda ni kan orang kata. Aku pula tak ada terikat dengan sesiapa. K lah, aku ada kelas tambahan ni. Log out dulu...can cin cau..

No comments: