Tuesday, June 29, 2010

Aku kini bergelar Puan Intan...


Hmm aku kini bergelar Puan Intan. Apa perasaan aku? Kalau orang tanya tak tahu la macam mana nak ku gambarkan perasaan ini. Pelbagai rasa. Walau apapun yang dirasa, hidup perlu diteruskan. Dari satu peringkat ke satu peringkat. Takkan selamanya nak membujang.

Macam mana boleh bertemu dengan Encik ni ye? Bermula dari seorang kawan yang beriya nak kenalkan aku dengan kawan satu sekolah dia. Mula2 jumpa takde feeling pun. Entah sejak bila feeling tu ada. Inilah takdir tuhan, tak sampai 1 tahun kenal, terus merancang utk hidup bersama2.

Bila dah kahwin ni, tanggungjawab tu memang la bertambah2. Malah sedikit sebanyak kesedaran timbul. Pakaian, pergaulan, tutur bicara dan lain2 lah semua nya perlu dijaga. Tak boleg ingkar kata suami dan macam2 la. Agak kekok juga, tapi lama2 akan jadi lebih baik, insya Allah. Sama-sama lah memberikan komitmen yang terbaik.

PJJ??? Perhubungan Jarak Jauh...inilah yang aku dan suami alami. Seperti juga kawan2 lain. Bertuah sikit aku ni sebab every weekend dapat lagi berjumpa. Dua jam perjalanan memisahkan kami. Mujur tak kena seberang laut. Hari-hari saya rindu abang. Berdoalah banyak2, semoga saya cepat2 didekatkan dengan abang. Mana taknya, pening juga kadang2, dok teringatkan suami je. He....dulu dok tgk kawan je PJJ. Sekarang alami lah sendiri....

Kepada yang belum berkahwin tu, jangan rasa sedih2...pasti ada jodoh yang terbaik buat anda. Cuma masa je belum sampai....

4 comments:

cik_mazni said...

dear sis...

beruntungnya dirimu telah menjawat satu jawatan yg menjadi idaman setiap wanita iaitu ISTERI..buat yg tbaik..jadikan title ISTERI itu supaya dpt menjadi ISTERI SOLEHAH..

coming soon, insyaAllah, tak lama lagi akan bergelar IBU..gelaran yg mlengkapkan diri kita sebagai seorang wanita yang sempurna..

harap BAHAGIA mengikuti jejak langkahmu walau di mana saja berada..insyaAllah..~(^_^)

Mesintaip: said...

Tahniah, semoga Allah memberkati rumahtangga Intan.

intan_has said...

terima kasih semua...huhuhuhu.....terharu dengan kata2 cik mazni....moga anda juga cepat2 menjejaki saya ye....

hmm IBU.....insya allah....akan datang kalau tuhan percepatkan rezeki tu..lapang dada saya menerimanya.....

cik_mazni said...

salam puan intan..

bila baca balik komen ni kan, mcm xcaya kata2 yg sy karang buat puan..tetiba rasa terharu..kenape erk?? mgkn diri ini masih blum 'diikat' wpun suda dipertemukan oleh Allah seorang hamba yg amat baik..

Puan Intan..doakan utk sy yer..sy bharap sgt harap hbgn yg br mula rapat ini berakhir ke jinjang pelamin..dpt rasa tapi..huhuhu, bertawakal jer la..insyaAllah..(^_^)