Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi...
Kini kami memiliki rumah sendiri. Walaupun rumah kerajaan (loan) sekurang-kurangnya dapat juga memiliki aset yang paling berharga pasa masa kini.
Kunci sudah diserahkan. Rumah pun dah kami lawati.
Ya Allah...berkatilah rumah kami ini. Lindungilah kami dari segala kejahatan dan kemalangan yang tidak diingini. Amin...
PROSES MEMBELI RUMAH
September 2012 - Jalan-jalan di sekitar bandar mencari rumah yang bersesuaian. Akhirnya masuk juga ke taman ini sedangkan tahun lepas merasakan tak mampu untuk memiliki unit di taman ini. Sebab tgk design anggun semacam je kot.
Akhirnya, tanya punya tanya...masih dalam kemampuan monthly.
Tergoda juga...itu pun tinggal beberapa unit sahaja.
Next phase pasti lah harga mark up lagi...
Tanpa berlengah...big boss setuju sambar satu unit.
Corner lot haruslah dah SOLD semuanya.
November 2012 - Settle kan yuran guaman dan mcm2 yuran la....dalam RM9000 juga habis. Rumah kami ni lot non-bumi.
Disember 2012 - Settle pasal loan. Tunggu surat sahaja.
March 2013 - Rumah dah siap. Kami tak balik ke Perak. Rileks dulu.
Mei 2013 - Serah kunci berlaku. Kami teruja apabila menerima kunci RUMAH PERTAMA kami. Alhamdulillah...bersyukur sangat-sangat. Walaupun dah nak masuk anak kedua baru ada rumah sendiri.
JIRANKU
Jiran sebelah berbangsa India. Sangat ramah. Sempat juga aku berbual-bual dengan Auntie tu. Ha....speaking lebat la pula. Hihihi almaklum la aku ni Linus Bahasa Inggeris.
Lega dapat jiran yang ramah tamah ni. Dalam masa 5 minit, dapatlah aku tahu serba sikit tentang keluarga Auntie ni.
Jiran depan pula tak sempat nak menyapa. Masa kami nak balik tu diorg pun baru pulang dari shopping. Tapi anak perempuannya dalam umur 7-8 tahun dah menegur aku. Senyum je la aku kepadanya.
PINDAH
Hmm....harapan kami agar tahun 2013 merupakan tahun terakhir kami berkhidmat di Sarawak. Selain teruja nak masuk rumah baru, rasanya jimat banyak kalau duduk di rumah sendiri. Sekarang ni, big boss kena tanggung kos untuk dua rumah. Satu bayaran bulanan rumah sendiri dan satu lagi bayaran rumah sewa.
Hampir RM2000 juga kena tanggung setiap bulan.
RENOVATION
Dalam tengah menunggu masa nak bersalin ni, aku memikirkan budget yang diperlukan untuk rumah. Sebelum masuk semestinya nak kena upgrade sistem keselamatan dan keselesaan.
Bab perabot tolak tepi dulu. Duduk lapik tikar je. Hihihihihi....
Sekarang ni aku sebagai akauntan keluarga (cewahhhh) sedang berkira-kira untuk:
1. Tinted segala cermin
2. Grill
3. Kabinet dapur
4. Extra wiring + suis
5. Cornice + lampu
6. Langsir (kalau nak jimat ni harus beli kain, jahit sendiri je..kalau jahit sendiri confirm la jahit tegak je....)
7. Kipas + econ
8.
9.
dan lain-lain belum fikir lagi.
Nak survey juga harga yang berpatutan dan dalam bajet.
Alang-alang nak buat + cukup kot bajet memang nak buat bahagian dalam dulu. At least dah masuk nanti tak payah nak berhabuk-habuk pula.
Saat ni memang kena ikat ketat-ketat bahagian kewangan. Saving perlu up dan up dan up......berusaha!
Mudah-mudahan urusan kami dipermudahkan. Mudah-mudahan kewangan juga mengizinkan kami untuk melaksanakan segala kerja-kerja penambahbaikan.
Kalau tak cukup bajet nanti kita cut cut je mana yang tak perlu.
No comments:
Post a Comment