Kelahiran kedua bagiku....
Nama: MIOR AHMAD NAUFAL
Tarikh Lahir: 6 Jun 2013 / 27 Rejab 1434
Hari Lahir: Khamis
Tempat Lahir: Hospital Kangar, Perlis
Masa Lahir: 6.48 pagi
Berat: 4.2kg
Kelahiran: Normal
Sinopsis kelahiran:
Jam 5.00 pagi...aku terjaga kerana rasa basah. Dalam hati, air apa ni? Lalu teringat air ketuban. Hmm...tak apa la..mandi dulu. Aku mandi..dan siap rasa sakit perut terus ke tandas...melepaskan hajat.
Jam 5.30 pagi aku kejutkan suami. Beliau mandi dan solat.
Jam 6.00 pagi..habis je beliau solat, aku pun cakap, rasa mcm sakit sangat ni. Macam kena ke hospital sekarang je...Apa lagi, kami pun siap2 ala kadar dan terus ke hospital.
Jam 6.15 pagi..dalam kereta ada la berlaku contraction..Masya Allah!! Sakit sangat-sangat. Cepa la sampai hospital. Tiba di hospital, Encik suami turunkan aku di depan wad bersalin. Beliau kena cari parking. Aku kata abang parking je la mana2...saya boleh jalan lagi ni. Terkedek2 aku jalan ke lift..siap marah2 lift tu lambat. Nak naik tingkat 1 je pun...
Masuk je bahagian pendaftaran di wad bersalin, aku dah rasa kontraksi yg sangat kuat. Tolong!! Saya rasa nak bersalin dah ni. Haaaa...saat ni muncul la nurse dan doktor. Doktor check jalan dah buka penuh dan aku terus dibawa ke bilik bersalin.
Jam6.48 pagi..Alhamdulillah!! Syukur ke hadrat Illahi...aku berjaya melahirkan seorang putera dengan berat 4.2kg. Syukur!! Suami aku sampai dan aku dah bersalin. Tak sempat la nak bersama-sama aku melahirkan baby.
Hilang segala kesakitan...bila baby didakapkan ke dada ku...dengar tangisnya...rasa nak mengalir juga air mata ini. Alhamdulillah...
16 Jun 2013 - Naufal dah botak...
24 Jun 2013 - Naufal berusia 18 hari...masih ada kuning. Prolonged Jaundice. Harap umur sebulan clear la kuningnya. Bacaan Khamis lepas 11.8. Ya Allah permudahkan urusan kami. Sembuhkanlah kuning Naufal ni.
Amiin.....Ya Rabbal A'lamin...
No comments:
Post a Comment