Wednesday, May 5, 2010

Lawak: Kisah 3 org doktor..

Di sebuah hospital, ada 3 orang doktor yang bersahabat baik. Mereka bertiga sentiasa bersama-sama sejak dari zaman belajar di universiti lagik.
Kesetiaan dan semangat setiakawan mereka bertiga memang diakui oleh semua staf-staf yang ada. Setelah sekian lama, masing-masing telah menjadi doktor pakar dalam bidang yang berbeza..

Pada satu ketika, seorang dari mereka telah meninggal dunia. Dek kerana khidmat yang cemerlang yang telah diberikan,
maka Doktor A telah diberikan penghargaan khas, iaitu dibina sebuah tugu untuknya. Oleh kerana beliau Doktor pakar
dalam bidang mata, maka tugu berbentuk mata dibina berhampiran dengan tempat beliau disemadikan...

Tidak lama kemudian, Doktor B pula meninggal dunia. Oleh kerana Doktor B seorang pakar jantung, maka tugu berbentuk
jantung dibina berhampiran kuburannya, sepertimana yang dianugerahkan kepada Doktor A....

Selepas selesai majlis pengebumian Doktor B, para hadirin telah terperasan yang Doktor C kelihatan begitu sugul sekali.
Salah seorang daripada mereka cuba menenangkannya...
"Doktor, kami tahu Doktor memang bersahabat baik dengan kedua-dua arwah.. tapi ajal mereka dah tiba. Ini adalah takdir."

lalu Doktor C menjawab...
"Aku tahu memang ajal mereka. tapi bukan sebab itu aku bersedih... "
"Aku risau selepas aku mati nanti, satu tugu dibina berhampiran dengan kubur aku..."

"Aku kan PAKAR SAKIT TUAN!!!"

Monday, May 3, 2010

Kisah ini hari....

Ainina: "Cikgu, cantik la cikgu hari ni..."

cikgu: (kembang kempis kembang kempus....)

Ainina:"Cikgu, muka cikgu macam Ain AF la...cantikkan Ain tu...."

Farah:"Memang la Ain tu cantik. Tapi cantik lagi Teacher Intan."

cikgu:"Ada2 je la kamu ni...." (gelak2 gedik.....)

Hahahaha......memang lucu la mereka ni. Sedap bahasa mereka. Kena puji ngan anak murid, mana sempat dah nak marah2 mereka....hehehe.....bleh diamalkan selalu ek....siapa tak suka kena puji kan......lalala mula la nak P E R A S A N ni......jeng2......

Wednesday, March 31, 2010

Sad......???

Sedih?? apa kisahnya....

Hari ni aku ke kedai makan...niat nak menjamu selera...kemudian bertemu dgn seorang kawan. Sapa lah dia ni....ntah mcm mana, tiba-tiba dia cakap, "Intan KENJA...". dia sambung lagi, "Ooo kenja ek nak ke Bintulu hujung minggu ni...". Dengan automatik juga mood aku berubah. Sakit hati sekejap. Kenapa nak kata aku mcm tu....???? . Dah la depan kawan dia. Isteri kawan dia pun ada......mana la mulut aku tak panasss je nak sound ni.

Memang hilang selera nak makan. Aku minum air je sambil msg mmber konon nak hilang kan rasa terkejut kena sapa mcm tu. Kemudian dia ulang lagi. Aku memang hangin la....

"Maaf ye...aku datang kedai ni nak makan. Bukan nak dengar ko kata aku itu aku ini...." Berubah muka dia....

Balik rumah, mengadu dengan akak, sambil menitis air mata....hahahaha itu makna nya geram aku dah naik ke kepala..singgah kat mata...tu yang merembes air mata. Tahan marah memang jadi mcm tu. Adoyaiiii@~

Aku tahu dia bergurau. Tapi salah tempat..salah waktu....dengan org lain sesuai la kot ko gurau2 macam tu tapi dgn aku tolong la....niat aku nak sapa ko baik2....nak cakap elok2....ko dengan bersemangat cakap aku macam tu. Perkataan tu buat aku macam hina je bunyi nya....

Hm....aku dah maafkan dia....aku pun minta maaf sebab cakap dia bongok dan sengal! hahahaha....siapa mulakan dulu kan kan kan kan....

-TAMMAT-

Thursday, March 11, 2010


Apa cerita pelajar tahun 2010 ni??
Hmm tak tahu nak cakap macam mana, nak digambarkan bagaimana.
Ini apa yang aku lihat dan aku rasai sendiri. Mana-mana guru pun akan mengatakan pelajar sekarang sangat beruntung disediakan pelbagai kesenangan, didedahkan dengan pelbagai kemudahan. Tidak seperti zaman-zaman kita bersekolahan dahulu. Bukan nak kata zaman kita sekolah dulu sangat daif. Tidak...cuma memang keadaan berbeza dan hasilnya sekarang pun, yang ada depan mata aku ni la....tak sebaik mana la peratusannya.

Apa yang aku lihat??
apa yang aku nampak, ibu bapa memang sayangkan anak2 mereka. Kalau hantar ke sekolah tu memang pimpin sampai ke kelas...siap bawakan beg ke kelas. Bukan pelajar tahun 1 je ni...dulu sekolah pun aku tak dilayan macam tu. Tapi masih rasa ayah sayangkan aku. Tak macam sesetengah ibu bapa sekarang. Sayang sangat2 sampai kan tak sedar anak tu tahap pelajaran mereka macam mana. Pandai membaca ke tak, pandai mengira ke tak, pandai menulis ke tidak...kerja sekolah siap ke tidak...hm......
Memang perkara sebegini aku lihat ada sikit longgar dalam institusi kekeluargaan. Apa yang sesetengah ibu bapa ni nak tahu, hanyalah anak mereka ke sekolah dengan selamat dan balik dengan keriangan tanpa sedar kepala anak tu kosong.

Memang tanggungjawab di sekolah dipikul guru. Guru mengajar...mendidik??? oh tidak!! zaman sekarang, guru MENGAJAR semata-mata pada pendapat aku. MENDIDIK?? tidak sama sekali boleh dilakukan dengan baik. Mana taknya, tegur pelajar sikit, cikgu dah kena sound dengan ibu bapa, apatah lagi kalau kena pukul, kena rotan, denda dan sebagainya. mana ada guru nak denda budak sesuka hati mereka. Saja-saja nak denda. Kalau itu tak boleh, ini dah boleh, memang anak murid zaman sekarang senang banyak la. Dah tu, kalau anak tak pandai-pandai juga jangan nak salahkan guru 100%. Konon tak pandai mengajar. Sedang ibu bapa pun tak pandai nak didik anak. Almaklumlah, guru hanya MENGAJAR, melaksanakan P&P sahaja. Nak lebih2 takut pulak termarah pelajar, terpukul pelajar...kang esok nya sampai mak bapak dengan para wartawan dan paparazi yang ntah apa-apa.

Tahap respect pelajar kepada guru juga semakin menipis. Pelajar kurang respect dengan cikgu sendiri, kalau berselisih dgn mana-mana cikgu, mana nak ucapkan salam dah. Selamba je lalu sebelah cikgu, siap boleh berlari-lari malah ada hampir melanggar cikgu. Memang tak sama macam zaman kita sekolah dulu. Memang tak sama......

Pembentukan peribadi dan sahsiah pelajar kini terganggu. Mana yang ibu bapa berikan perhatian sewajarnya, memang berhasil baik. Mana yang ibu bapa jenis tahu backing anak sahaja tapi tak penah amik tahu apa puncanya, memang anaknya tak berapa nak menjadi. Kebanyakan macam tu la. Ibu bapa action semacam, anaknya tak seberapa pun. Apabila ibu bapa datang marah-marah dengan guru, makanya secara automatik, pelajar ini akan kurang respect. "Suka hati aku lah nak buat apa, kalau cikgu marah aku mengadu je la dengan mak. Biar mak marah cikgu pula." Memang ada hal sebegini. Memang ntah apa-apa.

Susah...susah...kalau berterusan macam ni.
Apa nak jadi?? Jangan salahkan guru kalau guru MENGAJAR semata-mata. Tak dapat la nak MENDIDIK, kalau tegur kesalahan anak murid pun menjadi isu yang besar. Sampai digembar gemburkan satu Malaysia.


Sekian, terima kasih.



Saturday, February 20, 2010

Surat Untuk Ayah...

Kisah ini terjadi disuatu pagi yang cerah… .
mungkin tidak begitu cerah untuk seorang ayah yang kebetulan memeriksa bilik tidur anak gadisnya… yg berumur 18thn

Dia mendapati bilik itu cukup kemas dan rapi, dengan sekeping sampul surat yg bertuliskan untuk ayah diatas meja bacaan.. perlahan dia mula membuka surat itu…

——————————————————–

Ayahku yg tercinta,

Aku menulis surat ini dengan perasaan sedih dan sangat menyesal. Saat ayah membaca surat ini, aku telah pergi meninggalkan rumah.
Aku pergi bersama kekasihku, dia lelaki yang baik, setelah bertemu dia..ayah mesti setuju
walaupun penuh dgn tatto2
ganas ditubuhnya..

Dia sudah cukup dewasa walaupun belum begitu tua (aku fikir zaman sekarang 42 tahun tidaklah terlalu tua). Dia sangat baik terhadapku, lebih2 lagi dia akan jd ayah kpd kandunganku ini. Dia memohonku untuk membiarkan anak ini lahir dan kita akan membesarkannya bersama.

Dia punya bisnes perdagangan extacy yang
sangat luas, dia juga telah meyakinkanku bahawa marijuana itu tidak begitu buruk. Kami akan tinggal bersama sampai mati memisahkan kami. Aku yakin bahawa para doktor akan menemukan ubat untuk AIDS jadi dia akan segera sembuh.

Aku tahu dia juga ada perempuan lain tapi aku percaya dia akan setia padaku dengan cara yang berbeza.

Ayah.. jangan risau akan keadaanku. Aku sudah 18 tahun sekarang, aku tahu menjaga diriku. Salam sayang untuk ayahku dan ibuku yg trcinta. Oh ya sebelum aku terlupa, berikan semua teddy bear dlm bilik ku ini untuk adikku yg sgt2 inginkannya……

—————————

keadaan si ayah bagaikan nk tercabut jantungnya ketika itu… … ..lalu perlahan2 membuka muka surat kedua surat itu… dgn keadaan terketar2 si ayah membaca… … .


PS: Ayah, .. tidak ada satupun dari yang aku tulis di atas itu benar, aku hanya ingin menunjukkan hal yg lebih mengerikan daripada nilai report kad ku yg buruk. Kalau ayah sudah menandatangani reportku diatas meja, panggil aku ya… Aku berada di rumah jiran sebelah jer… ..

Wednesday, February 17, 2010

Lepak Di Miri dengan geng Baram...CNY!

Salam...wahh meriah ye mana-mana skul yang cuti seminggu. Aku ni cuti 4 hari je tapi full booked. Haha....hari sabtu aku dah ke Miri...Lepak dengan Cikgu Mazni.
Memang meronggeng sakan dengan team kaya2 ni. Memang ceria masing-masing. Release tension sementara cuti masih ada.

Antara aktiviti yang dilakukan:

1. Main bowling - score aku memang ntah apa2. hahaha...asik 9 jek! Pin satu lagi tu aku rasa dah kena jampi la....

2. Tengok wayang - aku tanya la cite mende mereka beli ni...dijawabnya 14 BEDAY! gitu la gaya bunyi nya. Aku pun pelik. Bajet cite Valentines...sekali masuk tgk cite cina...sedap gak la, 14 BLADES ngupernye.....omg!

3. Karaoke - Juara karaoke telah la abg fendy!!! GERAM GERAM GERAM...haha ada ke nyanyi lagu geram. Memang sempoi lagu ni. Caya lah~! Cikgu-cikgu Baram memang pandai menyanyi....cool!~

4. Jalan-jalan - Lepak pantai, mengurat sana sini, diurat org juga. Hehe...

Lokasi penggambaran memori:
Luak Esplanade
Taman Buaya
Taman Awam Miri
The Grand Old Lady
Tanjung Lobang
Marina Bay
Padang Golf di Kg Melayu
Jeti Kuala Baram

Antara shoot dari kami:

Marina bay

Marina bay

Luak Esplanade

Marina Bay

Marina Bay

Pantai nak ke Kuala baram

Taman Buaya
Marina Bay
Padang Golf Kg Melayu
Padang golf di Kg Pulau Melayu

Thursday, February 11, 2010

Senyum simpul...

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke
kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa
anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah
diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin
ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah
100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari
ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang
beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta
abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang
letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari
harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak
berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli
kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga
maintainance. ..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa
abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak
mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping
jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak
macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan. . ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab
takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Abang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek
depa.. tak nak naik abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri
elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak
ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
ayang

**************************************************************************

Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham
keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang
suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan
sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam
mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja
lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang
gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza
yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg
apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak
piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu
mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur..
ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas
umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah
jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa
kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak
wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak
ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang
lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening
ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang
tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu,
ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang..
abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati
abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang
izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada
gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu...
biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut
lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk
hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni..
nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak
lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2..
jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu
tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah
laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang
ketawa...hahahhahah ahahha

Friday, February 5, 2010

Thursday, January 28, 2010

Pantai Bungai...release now..>~!

Assalamualaikum....salam sejahtera....
petang tok kamek org pergi shooting lagik di pantey ya....
ahaks.......jurufoto madah ya kamek org kena pakey skirt....
thats us!!!

Lokasi: Pantai Bungai, Miri, Sarawak..
Masa: Petang2 sunset
Model fotogedik: Intan, Maz, Asma

Tq dear, Wani is the great!~ Really appreciate all of this....da boom!~










Wednesday, January 27, 2010

Model-model santai!~

Assalamualaikum semua...kat sini nak share sikit hasill kerja tangan KAWAN saya sebagai seorang jurugambar...hihi kami ni la model2 tak bertauliah beliau....

semua gambar cun2..walau i tahu i tak la cun mana walau manis tu ada....

Lokasi: Marina Bay, Miri, Sarawak
Model name's: Intan, Lala, Maz, Asma

Enjoy la ye ushar2.....