
CINTA-Sentiasa berhikmah dan berdiplomasi,
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.
Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai.

Kisah 1: Seorang kafir (OK) berkata pada orang mukmin (OM) yang sedang berwuduk:
OK: "Kenapa kamu wuduk?
OM: "Aku tadi batal wuduk sebab terkentut"
OK: " Aku hairan, kamu kentut di belakang tapi kenapa kamu cuci muka, tangan, kepala dan kaki kamu? Kenapa kamu tidak cuci tempat yang keluar kentut?
OM: "Ini arahan Tuhanku, aku taat saja"
OK: "Jelas sekali agama kamu ini tidak benar. Arahannya tidak logik sama sekali"
OM: "Kebenaran itu tidak semestinya logik"
OK: " Apa buktinya?
OM: "Mari ikut aku."
OM membawa OK ke sebuah pintu. Lalu OM memegang tangan OK, kemudian menyepit tangan OM dengan pintu itu. OK menjerit kesakitan.
OK: "Aduh tangan aku sakit...tolong lepaskan tangan aku! "
OM: "Baiklah...inilah jawapanku: tangan kamu yang sakit, tapi kenapa mulut kamu yang menjerit. "
OM pun meninggalkan OK yang bodoh sombong itu dalam kesakitan.
Tidak semua perkara yang logik itu benar.
Kisah2: Seorang kafir (OK) berkata kepada orang mukmin (OM)
OK: "Tuhan kamu sungguh tidak adil"
OM: "Kenapa?"
OK: "Tuhan kamu menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja."
OM: "Kenapa begitu?"
OK: "Yalah...manusia dicipta dari tanah, kalau dibakar dengan api hangus, sakitlah. Tapi syaitan dicipta dari api, kalau dibakar dengan api relaks lah....tdk terasa apa-apa...."
OM: "Tidak begitu. Tuhan aku kata, mereka semua akan tersiksa..."
OK: "Ah...tdk mungkin. Logiknya manusia saja yg tersiksa, syaitan tidak."
OM diam sebentar, lalu dia meninggalkan OK.
Beberapa waktu kemudian OM datang lagi dengan membawa sebongkah tanah keras dan melemparnya tepat ke dahi OK. Dahi OK luka berlumuran darah. Kemudian dia membawa OM menghadap seorang hakim. Setelah mendengar cerita dari kedua belah pihak ttg kejadian itu, maka hakim bertanya pada OM.
Hakim: "Mengapa kamu lempar OK begitu?"
OM : "Maaf Tuan Hakim, OK mengatakan bahwa Tuhan tidak adil kerana menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja sbb syaitan dicipta dari api. Logiknya memang begitu, tapi itu tidak benar. TIDAK SEMUA YANG LOGIK ITU BENAR. Sebagai buktinya saya lempar dia dengan tanah. Logiknya OK, manusia yg dicipta dari tanah kalau dilempar dengan tanah tidak sakit, bukan? Tapi buktinya OK luka dan sakit. Saya tidak bermaksud menyakitinya, saya hanya mau menjawab pertanyaannya."
Oleh itu kawan-kawan, LOGIK dan BENAR itu kita tentukan dengan akal kita sendiri. Kalau tak tercapai dek akalmu jangan dipaksa-paksa. Kadang-kadang logik dan benar itu dikuatkan lagi dengan FAKTA. Jangan cakap sembarangan. Pastikan apa yang dikatakan benar dan berlogik dan juga dikuatkan dengan fakta.
Beberapa perbezaan sifat dan perangai di antara lelaki dan perempuan yang memang semulajadi. Renung-renungkan..kalau ada yang terkena, jangan dinafikan.
(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.
(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.
(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.
(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.
(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.
(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.
(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.
(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.
(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.
(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.
(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.
(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan.
(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.
(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.
(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya.
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya.
(L) Agak keberatan meminta maaf.
(P) Lebih mudah meminta maaf.
(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran.
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran.
(L) Suka MEMBUAT keputusan.
(P) Suka MENGIKUT keputusan.
(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga.
(P) Suka bersama keluarga.
(L) Berfikir jangka panjang dalam pelbagai perkara, penyelesaian untuk kebaikan jangka panjang.
(P) Berfikir cara pendek yang lebih hanya untuk selesaikan sesuatu cara dengan cepat.
(L) Mempunyai ego yang tersendiri. Sukar menerima pandangan orang lain terutamanya pandangan pasangan sendiri.
(P) Mudah menerima pandangan dan pendapat orang lain terutamanya pandangan orang yang disayangi dan dicintainya.
Kita LELAKI dan PEREMPUAN kena saling melengkapi.
Adakah teman ni akan kembali ke bintulu. Idok le teman tahu ye. Kalau ada rezeki, teman ke sana la...rindu bebeno dengan Park City Bintulu tu...rindu kan Park City atau rindukan yang lain? Hmmm no comment jawapan biasa artis...huhu!~