Monday, May 11, 2009

SELAMAT HARI GURU...

Glitter Words - http://www.sparklee.com



Assalamualaikum..bermula dengan Hari Ibu..kini tiba Hari Guru...Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Diharapkan anda yang bergelar pendidik ini akan terus maju ke hadapan dan tidak jemu serta mudah berputus asa dalam mendidik anak bangsa. Walau di mana kita di tempatkan, redhalah dan berikanlah yang terbaik untuk kepuasan bersama. Yang di pedalaman..usah mengeluh, tidak dapat kuselami perasaan anda semua kerana aku tidak bersama-sama anda semua. Apa pun, SELAMAT HARI GURU!!!

Lirik Tema Hari Guru Tahun 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah kulafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


--------------------------------------------------------

KAMI GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

------------------------------------------------------

PENDIDIK BUMI KENYALANG

Pendidik Bumi Kenyalang
Berdiri teguh berjanji tetap setia
Membimbing mendidik putera puteri Sarawak
Menuju cita mulia

Kata pasti kami kota
Inilah sumpah yang kami semua janjikan
Berkhidmat berbakti dengan hati yang ikhlas
Amanah timbang rasa

Segala rintangan itu hanya cabaran
Berpadu setiap masa
Pupukan semangat perpaduan
Tingkatkan nilai kerja

Maju Sarawak bahagia
Kamilah pendidik pembentuk masa depan
Membimbing sentiasa walau di mana saja
Jujur setiap masa

Pendidik Bumi Kenyalang
Dari seluruh Negeri Malaysia
Bersama menuju ke arah cita-cita
Mendidik anak bangsa

------------------------------------------------------------

No comments: