Friday, May 8, 2009

Hari Kedua di Kota Kinabalu

Hari kedua perjalanan dimulakan seawal 830am. Siap awal ni takut driver tunggu lama. Hihi excited. Sepanjang perjalanan memang banyak pemandangan yang mengagumkan. No wonderlah jiran aku tunjukkan gambar yang sekolahnya di puncak bukit. Wow...memang itu hakikat. kagum aku.

Berposing dalam kereta nak memulakan perjalanan. Selesa...

Jambatan Tamparuli. Agak usang je aku tengok. Tapi masih boleh digunakan cuma kena hati-hati la.

Di Nabalu, memang clear nampak pemandangan Gunung Kinabalu. Di sini pun dah rasa sejuk udaranya.


Ini adalah jambatan gantung yang kami lalui. Nak sampai ke atas ni kena panjat bukit setinggi 400m juga lah. 2 orang team kami dah mengalah dan turun ke bawah semula. Dah pancit dah. Aku yang separuh pancit ni teruskan juga dan memang berbaloi la.

Aku dan Adi yang kuat makan. Sepanjang perjalanan titi gantung ni, aku tengok dia asyik mengunyah jak. Kasihan...lapor ye dik...

Di air terjun Kipungit. Ada ikan yang akan gigit kaki kita, macam massage la, dia makan sel-sel kulit mati. Mula macam geli, lama-lama macam best pula. Tahan je la. hihihi...

Ni di Kinabalu Park..alhamdulillah sampai juga aku ke kaki gunung ni ya. Nak panjat gunung? Hm tatau la bila..nanti lah kalau ada peluang. Macam nak juga. Hehe apa-apa pun aku dah JATUH di sini. Menjadi kenangan aku selamanya.

Nak lebih gambar, boleh lawat fotopages aku. Dan sesiapa nak ke KK, boleh tanya-tanya dengan aku juga. k chow......

No comments: