Saturday, August 1, 2009

Roti BOOM cik Intan...

Hahaha hari ni aku bikin roti canai, roti boom, roti planta dan roti tampal..Apuuu banyak jenis roti..yang ada di rumah ni 3 orang sahaja. Hmm...teringin agaknya....siapa nak resepi?? Meh aku berikan resepinya...

Roti Boom Mini dan sambal bilis + sotong

Bahan-bahan:
Tepung 1/2 kilo atau sekilo. (sekilo dapat dalam 20++ keping)
1 sudu besar planta
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
1 atau 2 biji telur

(air +garam secukup rasa)


Cara buat:
Masukkan semua bahan dalam satu besen. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit, uli perlahan-lahan (jangan laju2 kang berterabur tepung...hihihi). Kalau lembik, pandai2 la tambah tepung ye. Uli sampai jadi doh.

Kemudian buat bulat2 kecil. Simpan dalam peti ais kalau nak makan esok pagi nya la.
Biasa saya uli malam, simpan dalam peti semalaman.

Tebar atau lenyek2 kan di atas talam. Tarik tepung tu bagi kembang2 sedikit...bagi buka lebar, kemudian lipat2 kan. Perap sekejap dan goreng kan macam grg lempeng.

Kalau nak buat ala roti boom, tebar/buka tepung tu, lipat kiri dan kanan...(boleh letak extra planta+gula sebelum lipat-ikut suka) kemudian tarik ke atas dan sanggulkan je tepung tu. Selamat mencuba.


(Paham ke tidak org lain ni ye..)
Kalau ada apa2 nak tanya...tanya je....hihihi!~