Friday, August 7, 2009

Ais Krim kacang!

He aku masukkan lagi gambar makanan. Aktiviti aku ni macam banyak dengan makanan je ye? Ni ais krim kacang. Sedap! huhuhu....apa mimpi ntah aku buat aiskrim kacang neh. Bermula dengan kemengidaman seorang kawan aku la ni.

Kemudian ada juga aku buat bubur kacang untuk anak murid di sekolah. Mereka picnin di sekolah la. Aku dah pesan, bawa mangkuk dan sudu. Saja beri mereka makan kan. Bukan modal juta-juta pun.

Ha ni apa kes ni daun pandan! Ya Tuhann!!! Bertuah anak murid aku ni. Aku nak buat bubur kacang tu bukan banyak mana pun. Tgk la banyak mana dia bawa daun pandan ni. Aku minta sikit je. Isk isk isk...terima kasih ye! Masih ada lagi daun pandan tu, aku tak tau nak buat apa. Nampak gaya nye taburkan dalam kereta la..biar wangi.

No comments: