Sunday, October 18, 2009

Aku dan RPH...

Hmm...korang tahu ke apa itu RPH? RPH ni sangat penting. Kalau kantoi tak lengkap atau tak siap, boleh didakwa. Hebat tak penangan RPH ni? Apa pulak cerita di sebalik RPH ni...? Apa kena mengena dengan aku? Haha mesti la ada kena mengena...tersangat lah ada.

Macam biasa la, setiap hari isnin perlu hantar buku RPH kepada boss. Aku ni ada tertinggal satu hari minggu lepas. Lepas tu bila aku cuba nak menulis tadi, rasa berat je tangan nak pegang pen..apahal??? aku dah cuba semua pen....semua serba tak kena. Tension pula aku rasa. Macam nak bertukar je jadi mentibang....haha...

Sudahnya, dengan selamba aku menaip dan print jak daily RPH aku. Bior lah boss nak kata apa, kanga ku jawab je la tangan aku takde mood nak menulis. Hihihi...boleh ke jawab gitu?? Tgk la keadaan esok, harap takde yang tak baik akan berlaku. Lagipun bukan kesalahan kalau kita nak taip RPH kita. Alasan buku akan gemuk dan tak cantik tu, macam dah kuno la. Huhu...

Kesimpulannya...dengan selamba aku dah taip RPH aku...dan ia dah siap! Chaiyookkk!~

No comments: