Wednesday, October 7, 2009

Suami orang....

Hmmmm aku tak tahu la kenapa minggu ni banyak kisah aku dengan suami orang. Dalam tahun ni sahaja dah ada 4 cerita aku dan suami orang...kisah pertama memang dia kata kalau dia tak kahwin lagi, aku lah yang akan menjadi pilihannya. Memang dia akan ngurat sampai dapat. Hahaha aku tergelak dengan ayat macam ni. Sebab kawan aku ada cakap, kakak dia pun dapat ayat yang sama masa laki orang tu mengurat dia. 

 AWAS!!! kalau ada laki orang dok cerita masalah rumahtangga dia. Itu hanya sebagai salah satu strategi untuk menarik simpati. Memang sukar nak menghadapi hal mcm ni nak pula kalau kita satu tempat kerja...isk isk isk... 

Kisah kedua...kenal dgn laki org ni masa dia minta tolong aku lakukan sesuatu untuk dia. Masa ni mak ayah aku pun tahu sebab aku dok tanya itu ini juga dengan mereka. Tapi tu dah berlalu dah. Kami masih berhubungan sekali sekala, jarang2, malah aku ada berbicara dengan dia tentang sukarnya untuk membuat pilihan. Tu je....bukan nya nak buat pilihan antara dia dengan siapa. Walau aku tahu dia ada masalah dengan wife dia...ada aku kisah?? 

Yang ketiga pun sama je macam kes yang kedua. Kami berhubungan secara profesional atas dasar kerja. Dia perlukan aku tuk dapat kan info itu ini dan aku senang hati nak membantu. Bukan sebab dia suami orang....kalau bukan suami org pun aku ok kalau aku berkenan nak tolong...hihihi... 

Yang keempat....suami orang ni mula gatal2 dah ni ajak aku kluar ke sana ke sini...amboi2~! ni lagi melampau....dah siap kawen 3! takkan nak tmbah cawangan lagi kot...mmg melampau la....aku kenal dia?? bukan kenal la..hmmm kebetulan bawa student...ada urusan dgn dia....dia takde..so aku dapatkan no fon pada pekerja di situ...bila aku call dia...then dia save no aku...dah tu la ni dok mengacau!! Argghhh!~ Ada apa dengan suami org ni weh...!~ * 

Kesimpulannya...aku kena cepat2 kawen...awak cepat la kita kawen..! Bosan dah kena kacau dengan suami org ni..klau kena kacau ngan suami sendiri tak pa la juga..hihi... 

Kepada pembaca...jangan la biar kan anda yg bujang terbelenggu dengan masalah mcm ni. Kepada isteri2 sekalian...sendiri mau ingat la ye..tatau nak pesan apa..kadang2 kita dah yg terbaik..suami kita lak terbalik....nauzubillah!~

No comments: