Saturday, January 23, 2010

Kelas 5 BIJAK...

Assalamualaikum....kali ni paparan kelas 5 Bijak. Apa aku dah buat dengan kelas ni?? haha aku telah menjadikannya seperti pra sekolah. Actually, thats for shining our class. Tak lah nampak kaku sahaja. Banyak perkara yang leh aku buat tapi aku ni bab macam ni agak slow sikit. Nak pulak buat sendiri. Ada juga anak murid aku yang datang tolong.....Allysha..Elisa..Syuhada..Bobo...Shahiera dan mereka semua yang membantu la...Thank You very much......ni hasilnya.....siap 50%..huhu!~

Bulat2 ni aku tatau kenapa. Tapi cukup untuk menceriakan kelas. Warna warni..aku dapat ilham dri deco kat TV...

Pintu belakang pun ada langsir.

Pintu depan pun sama.

bahan bacaan untuk para pelajar. Harap bertahan lama. Hahah......

Susunan meja seperti yang dikehendaki PK HEM...

Meja...mula nya aku lapikkan atas meja...sekali budak2 ni tak reti nak jaga! Aku cabut balik! Huh...membazir plastik je...sudah nya jadi begini!~

Bawah papan tulis....dalam bunga2 tu mcm nak letakkan gambar budak2 ni...insya allah kalau sempat!~ Ada ditampalkan juga sifat2 mulia yang leh diamalkan....bukan boleh tapi wajar diamalkan!

Notis board yang tak berapa lengkap lagi!~

Hmmm setakat ni je pasal kelas i ni....kalau u all ada any suggestion.....leh kemukakan tanpa segan silu k......

Friday, January 15, 2010

Susahnya kami..tiket mahal.....


Hm...dah lama aku tak jejakkan jari aku untuk klik pada blog aku ni. Argghh stress bila cakap pasal tiket kapal terbang ni. Dilema sungguh aku sebagai guru akademik, subjek matematik terutamanya utk tahun 6, di mana aku tak tahu sama ada wajar ke tidak nak beli tiket bulan 3 ni. Tapi aku dah beli dah...aku akan minta excuse utk balik juga sebab byk urusan nak kawen ni.

Kalau la bukan sebab nak kawen...aku rasa aku tak balik dah bulan 3 ni. Stress la tiket dah la mahal. Dah tu pasal cuti lak takde keputusan yang muktamad. Memang menyusahkan la....dah selaraskan macam itu...dipinda lagi....pinda lagi...pinda lagi!!!!!! Bosan tau!!!!!!!!!!!! apa tak boleh ke kalau nak tetapkan pendirian tu....susah sgt ke???????

Kalau kita beri komen cakap kita ni tak bersyukur. Aiii...nak buat mcm mana kan..keje makan gaji, gini la caranya!~ Terjejas saving aku!~ sabar je la....

Apa-apa pun..kadang2 aku sedih juga dgn keadaan mcm ni..siapa yg faham keadaan kita??? siapa yg peduli??? ntah2 dijawab sidak ya....ada ku kisah????aduhhhhhh......

Wednesday, December 30, 2009

Kain bersulam Sasa!~

Kain bersulam ni pesanan cik sasa ye..kalau cik sasa tak mahu...jadi la baju cik intan....hahaha....labuh sulam dari leher ke bawah, dalam 33 inci. kalau tak tahu panjang mana...hang pi ambik tali ukur mak hang na....hihihi.....warna dalam ni mcm tak clear sgt la....tapi memang kuning la.....separuh kuning terang kot...cmne nak habaq ntah....baju aku ari tu cream kan...ko pekat kan lagi 5 kali....ha cm tu la...kuning macam tulisan ni pun ye jug....lebih kurang la....








Wednesday, December 23, 2009

Buat bakul kertas sendiri..

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog saya yang tak seberapa ni. Di sini saya scan kan cara membuat bakul dari kertas surat khabar. Saya telah mencubanya dan ia menjadi...

Inilah hasilnya...


Bakul untuk isi telur atau juga gula2. Boleh dengan selamba nya kalau nak letak buat hantaran. Boleh menggunakan ia sebagai doorgift untuk tetamu. Isi telur dalamnya..

Hm....mcm banyakkan. Insya Allah akan diperbanyakkan lagi. Moh le tolong...

Ok....Ini pula bakul jenis lain..baru belajar hari ni melalui akhbat Metro. Mudah sahaja. Pasti korang pun boleh buat juga...


Hasil kerja tangan cik Intan...kalau korang tengok proses saya buat bakul ni, mesti korang tergelak. Haha rahsia saya je la...


Okay....di sini saya tunjukkan cara nak menganyam bakul tersebut. Saya scan kan untuk kalian. Kalau ada apa nak tanya...leh tgalkan msg pada ruang komen ya...












Macam mana? korang ada hati tak nak mencuba?? disamping leh buat barang hiasan kat rumah korang, leh juga jadikan gift pada tetamu masa kenduri kawen atau majlis apa2...boleh juga jadikan pasu bunga...atau bekas apa2..... SELAMAT MENCUBA...

Monday, December 14, 2009

Cik Intan Bertunang??? Aiseh.....

Tanggal 13 Disember 2009 bersamaan dengan 26 Zulhijjah 1430 hari Ahad, berlangsungnya satu majlis ringkas iaitu majlis pertunangan Cik Intan dengan Encik Mior. Moga hubungan kami disudahkan dengan ikatan perkahwinan dan kekal bahagia selamanya. Insya Allah...

Ketibaan keluarga lelaki.


Selesai sudah berbincang, setuju semuanya.


Sesi menyarung cincin. Terketar-ketar tangan den.

Align Center
Ketawa besar...


Antara doorgift untuk tetamu.


Antara hantaran aku untuk pihak lelaki. Buatan sendiri.


Mata-mata.......

Terima kasih kepada semua saudara mara yang datang membantu. Dari jauh anda semua datang...sayang makngah...mak sasa....nenek....uhuks....semua2 la.....tetamu yang bertandang, maaf la ye kalau ada serba kekurangan.....

Friday, December 11, 2009

it's sad.....Al-Fatihah.....

Berita kemalangan

Hm....semalam kami dikejutkan dengan berita kemalangan kenalan kepada adik kandung aku, angah. Memang angah sangat terkejut dengan berita ini, begitu juga kami sekeluarga. Angah sepatutnya mengiringi pengantin lelaki, bersama-sama ke majlis akad nikah sebagai jurugambar. 4 orang meninggal dalam kemalangan tersebut. Ayah, mak, pengantin lelaki dan jurugambar yang juga jirannya. Masa ni memang tidak tahu siapa jirannya tersebut.

Menambahkan kesyahduan lagi, apa bila aku menonton berita jam 8 di TV3 malam tadi, rupanya jirannya adalah adik angkat aku. MOHD FARHAN BIN MUSA. Ya Tuhan....memang aku terkejut sangat2...patutlah ayah kata masa kat rumah mayat petang semalam ramai polis..sesak di sana. Al-Fatihah untuk semua.

Sepatutnya adik kandung aku yang jadi jurgambar majlis pernikahan kawan dia tu tapi adik kandung aku ni ada hal lain...makanya, tak sangka pula berganti dengan adik angkat aku yang mcm adik aku juga....ya Tuhan.........tak tahu aku nak gambarkan situasi macam ini....

Maafkan akak Farhan...awak asyik ajak akak keluar makan, awak minta belanja makan KFC tapi akak asyik dengan alasan malas nak keluar dan sibuk dengan persiapan pertunangan. Kita dah janjikan nak keluar makan lepas akak bertunang. Farhan......moga awak tenang di sana. Akak memang sangat terkejut dengan berita ini.....sangat sedih....esok akak akan bertunang..awak tak ada...awak janji nak datang kan.....tapi semua ini sudah ditakdirkan...hmm....it's sad.......((AL-FATIHAH))

Monday, November 23, 2009

Semua tentang CINTA...


Jika anda rindu, kawallah diri anda, jangan sampai terpamer pada wajah yg kusam.

Jika anda terlalu cinta, kawallah diri anda, jangan sampai terserlah melalui tindakan melampau.

Jika anda terlalu sayang, kawallah diri anda, jangan sampai terbukti melalui pemikiran songsang.





Apabila anda menyukai sesuatu dan berasa rindu terhadapnya, itu belumlah lagi dinamakan cinta. Itu sekadar 'rasa' menghala pada kasih dan sayang.

Cinta ialah kemahuan untuk menamatkan perasaan yang asyik itu ke alam perkahwinan. Itulah dinamakan cinta.



Cinta, sayang dan rindu itu perlu dalam proses membina perhubungan yang sempurna, tetapi ingatlah, kalau terlalu cinta, kalau terlalu rindu dan kalau terlalu sayang, usah lah kita terlalu turutkan kerana nanti tindakan-tindakan akan menjadi songsang.




CINTA MEMANG MENGGILAKAN BAGI MEREKA YANG GILAKAN CINTA..
HAti-HAti..jangan KITA GILA KERANA CINTA...
Ahakssss........

Jenis pelajar...

Pelajar yang BIASA...melihat peluang,
Pelajar yang GAGAL...mensia-siakan peluang,
Pelajar yang BERJAYA...merebut peluang,
Pelajar yang HEBAT...mencipta peluang.

Wednesday, November 18, 2009

CUBA KIRA BADAK NEH ADA BERAPA??


Salam semua...lama i tak update blog ni. Ada banyak event tapi tak berkesempatan la. Nanti la lepas ni tengok macam mana. Kan dah nak cuti sekolah. Banyak benda menarik nak dikongsikan.

Ok....apa kata hari ni cuba korang kira...ada berapa ekor badak sebenarnya??? Hmmm.....(mcm geli la pulak nak pandang lama-lama). Dah ada jawapan try la bgtau den ya..Mari kita bandingkan jawapan sesama kita....

Sunday, November 1, 2009

Screen laptop problem??


Haluu assalamualaikum semua...hm tak tahu la ni kan apa gerangannya..laptop aku ni menghadapi masalah screen sejak beberapa hari yang lalu. Tak tahu apa punca nya. Mungkin sebab panas??? pening kepala....sedih pun ada.....

Alhamdulillah selepas beberapa hari aku tak buka lappy ni...mcm dah ok pulak....isk isk isk....syukur la.....kesedihan aku selama smgu ni....!~