
Wednesday, December 30, 2009
Kain bersulam Sasa!~

Wednesday, December 23, 2009
Buat bakul kertas sendiri..
Inilah hasilnya...
Ok....Ini pula bakul jenis lain..baru belajar hari ni melalui akhbat Metro. Mudah sahaja. Pasti korang pun boleh buat juga...
Hasil kerja tangan cik Intan...kalau korang tengok proses saya buat bakul ni, mesti korang tergelak. Haha rahsia saya je la...
Okay....di sini saya tunjukkan cara nak menganyam bakul tersebut. Saya scan kan untuk kalian. Kalau ada apa nak tanya...leh tgalkan msg pada ruang komen ya...
Monday, December 14, 2009
Cik Intan Bertunang??? Aiseh.....
Antara doorgift untuk tetamu.
Friday, December 11, 2009
it's sad.....Al-Fatihah.....
Hm....semalam kami dikejutkan dengan berita kemalangan kenalan kepada adik kandung aku, angah. Memang angah sangat terkejut dengan berita ini, begitu juga kami sekeluarga. Angah sepatutnya mengiringi pengantin lelaki, bersama-sama ke majlis akad nikah sebagai jurugambar. 4 orang meninggal dalam kemalangan tersebut. Ayah, mak, pengantin lelaki dan jurugambar yang juga jirannya. Masa ni memang tidak tahu siapa jirannya tersebut.
Menambahkan kesyahduan lagi, apa bila aku menonton berita jam 8 di TV3 malam tadi, rupanya jirannya adalah adik angkat aku. MOHD FARHAN BIN MUSA. Ya Tuhan....memang aku terkejut sangat2...patutlah ayah kata masa kat rumah mayat petang semalam ramai polis..sesak di sana. Al-Fatihah untuk semua.
Sepatutnya adik kandung aku yang jadi jurgambar majlis pernikahan kawan dia tu tapi adik kandung aku ni ada hal lain...makanya, tak sangka pula berganti dengan adik angkat aku yang mcm adik aku juga....ya Tuhan.........tak tahu aku nak gambarkan situasi macam ini....
Maafkan akak Farhan...awak asyik ajak akak keluar makan, awak minta belanja makan KFC tapi akak asyik dengan alasan malas nak keluar dan sibuk dengan persiapan pertunangan. Kita dah janjikan nak keluar makan lepas akak bertunang. Farhan......moga awak tenang di sana. Akak memang sangat terkejut dengan berita ini.....sangat sedih....esok akak akan bertunang..awak tak ada...awak janji nak datang kan.....tapi semua ini sudah ditakdirkan...hmm....it's sad.......((AL-FATIHAH))
Monday, November 23, 2009
Semua tentang CINTA...

Jika anda rindu, kawallah diri anda, jangan sampai terpamer pada wajah yg kusam.
Jika anda terlalu cinta, kawallah diri anda, jangan sampai terserlah melalui tindakan melampau.
Jika anda terlalu sayang, kawallah diri anda, jangan sampai terbukti melalui pemikiran songsang.

Apabila anda menyukai sesuatu dan berasa rindu terhadapnya, itu belumlah lagi dinamakan cinta. Itu sekadar 'rasa' menghala pada kasih dan sayang.
Cinta ialah kemahuan untuk menamatkan perasaan yang asyik itu ke alam perkahwinan. Itulah dinamakan cinta.

Cinta, sayang dan rindu itu perlu dalam proses membina perhubungan yang sempurna, tetapi ingatlah, kalau terlalu cinta, kalau terlalu rindu dan kalau terlalu sayang, usah lah kita terlalu turutkan kerana nanti tindakan-tindakan akan menjadi songsang.

HAti-HAti..jangan KITA GILA KERANA CINTA...
Ahakssss........
Jenis pelajar...
Pelajar yang GAGAL...mensia-siakan peluang,
Pelajar yang BERJAYA...merebut peluang,
Pelajar yang HEBAT...mencipta peluang.
Wednesday, November 18, 2009
CUBA KIRA BADAK NEH ADA BERAPA??
Salam semua...lama i tak update blog ni. Ada banyak event tapi tak berkesempatan la. Nanti la lepas ni tengok macam mana. Kan dah nak cuti sekolah. Banyak benda menarik nak dikongsikan.
Ok....apa kata hari ni cuba korang kira...ada berapa ekor badak sebenarnya??? Hmmm.....(mcm geli la pulak nak pandang lama-lama). Dah ada jawapan try la bgtau den ya..Mari kita bandingkan jawapan sesama kita....
Sunday, November 1, 2009
Screen laptop problem??

Haluu assalamualaikum semua...hm tak tahu la ni kan apa gerangannya..laptop aku ni menghadapi masalah screen sejak beberapa hari yang lalu. Tak tahu apa punca nya. Mungkin sebab panas??? pening kepala....sedih pun ada.....
Alhamdulillah selepas beberapa hari aku tak buka lappy ni...mcm dah ok pulak....isk isk isk....syukur la.....kesedihan aku selama smgu ni....!~
Sunday, October 18, 2009
Aku dan RPH...
Macam biasa la, setiap hari isnin perlu hantar buku RPH kepada boss. Aku ni ada tertinggal satu hari minggu lepas. Lepas tu bila aku cuba nak menulis tadi, rasa berat je tangan nak pegang pen..apahal??? aku dah cuba semua pen....semua serba tak kena. Tension pula aku rasa. Macam nak bertukar je jadi mentibang....haha...
Sudahnya, dengan selamba aku menaip dan print jak daily RPH aku. Bior lah boss nak kata apa, kanga ku jawab je la tangan aku takde mood nak menulis. Hihihi...boleh ke jawab gitu?? Tgk la keadaan esok, harap takde yang tak baik akan berlaku. Lagipun bukan kesalahan kalau kita nak taip RPH kita. Alasan buku akan gemuk dan tak cantik tu, macam dah kuno la. Huhu...
Kesimpulannya...dengan selamba aku dah taip RPH aku...dan ia dah siap! Chaiyookkk!~
Sunday, October 11, 2009
Kelebihan Surah di dalam Al-Quran!~
1. Surah Al Baqarah – Ayat 285 – 286 :- Baca sebelum tidur, terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
2. Surah Ali ‘Imran – Ayat 1 – 3 :- Baca, akan tercapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
3. Surah Ali ‘Imran – Ayat 16 :- Baca untuk memohon keampunan dari Allah swt.
4. Surah Annisaa’ – Ayat 75 :- Nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
5. Surah Al Maidah – Ayat 7 :- Baca 3 hari berturut-turut selamat dari was-was masa wudhu dan solat.
6. Surah Al Maidah – Ayat 89 – 101 :- Baca dalam air dan beri minum pada orang yang berdusta, nescaya tidak akan bercakap dusta lagi
7. Surah Al An’aam :- Baca 7 kali akan terhindar dari segala bala bencana
8. Surah Al An’aam – Ayat 63 – 64 :- Dibaca oleh penumpang kapal akan terselamat dari karam dan tenggelam.
9. Surah Al A’Raaf – Ayat 23 :- Baca tiap-tiap solat fardhu lalu istighfar akan terampun dosa.
10. Surah Al A’Raaf – Ayat 47 :- Baca akan terpelihara dari kekacauan para penzalim dan mendapat rahmat Allah.
11. Surah Al Anfal – Ayat 62 – 63 :- Nescaya akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia
12. Surah Al Baraah/Taubah :- Terselamat dari kemunafikan dan tercapai hakikat iman.
13. Surah Al Baraah/Taubah – Ayat 111 :- Baca di kedai atau tempat berniaga, nescaya akan maju.
14. Surah Al Baraah/taubah – Ayat 128 – 129 :- Baca untuk orang sukakan kita. Selalulah menghafal bacaan ini dan sekiranya pada seketika waktu kita terlupa membaca walaupun berulang-ulang kali masih tidak mengingatinya, itu menandakan ajal kita semakin hampir.
15. Surah Yunus – Ayat 31 :- Baca pada wanita hamil, lahir anak dengan selamat
16. Surah Yunus – Ayat 64 :- Nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk dan mengigau.
17. Surah Al Hud :- Mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan tenteram jiwa.
18. Surah Al Hud – Ayat 56 :- Baca setiap masa akan terselamat dari gangguan manusia jahat dan binatang liar.
19. Surah Al Hud – Ayat 112 :- Baca 11 sekali selepas solat 5 waktu akan mencapai ketetapan hati.
20. Surah Yusuf :- Baca dimurahkan rezeki dan diberi kemuliaan disisi Allah .
21. Surah Yusuf – Ayat 64 :- Baca akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.
22. Surah Yusuf – Ayat 68 :- Baca nescaya Allah akan kurniakan kesolehan pada anak-anak.
23. Surah Ar Ra’d – Ayat 13 :- Baca akan selamat dari petir.
24. Surah Ar Ra’d – Ayat 28 :- Baca nescaya sakit jantung akan sembuh.
25. Surah Ibrahim – Ayat 32 - 34 :- Baca nescaya anak-anak akan terhindar dari syirik dan bidaah.
26. Surah Al Hijr – Ayat 97 – 99 :- Baca pada wanita yang selalu keguguran, nescaya kandungan akan selamat.
27. Surah Al Isra – Ayat 45 - 46 :- Baca untuk pendinding diri dari kejahatan manusia
28. Surah Al Kahf :- Baca surah ini setiap malam Jumaat, dimurahkan rezeki.
29. Surah Maryam :- Nescaya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat
30. Surah Thaha :- Allah akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksud.
31. Surah Thaha – Ayat 25 - 28 :- Baca 21 kali setiap solat Subuh, nescaya otak akan cerdas dan akal sempurna.
32. Surah Al Anbia – Ayat 83 :- Baca nescaya mendapat sebesar-besar pangkat disisi Allah.
33. Surah Al Hajj :- Allah akan binasakan musuh-musuhnya
34. Surah Al Mu’Minun :- Baca dalam air beri minum pada orang yang minum minuman keras, nescaya berhenti minum
35. Surah Al Mu’Minun – Ayat 28 :- Perahu selamat dari karam dan rumahnya akan selamat dari kecurian dan dari serangan musuh.
36. Surah An Nur :- Baca nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk
37. Surah An Nur – Ayat 35 :- Baca setiap hari Jumaat sebelum solat Asar, nescaya disegani oleh orang ramai.
38. Surah Al Furqan :- Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular
39. Surah Asy Syu’ara’ – Ayat 130 :- Baca 7 kali dengan senafas pada orang-orang yang digigit binatang bisa, nescaya akan hilang bisanya
40. Surah An Naml :- Baca nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
41. Surah Ar Rum :- Baca nescaya Allah akan binasakan orang-orang yang hendak menzaliminya.
42. Surah Al Ankabut :- Nescaya demam sembuh dan juga terhindar dari gelisah.
43. Surah Luqman :- Baca nescaya terhindar dari segala penyakit-penyakit perut.
44. Surah Luqman – Ayat 31 :- Baca nescaya terselamat dari bencana banjir
45. Surah As Sajadah :- Baca setiap malam Jumaat.
46. Surah As Sajadah – Ayat 7 – 9 :- Baca ke atas kanak-kanak baru lahir, nescaya terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani
47. Surah Al Ahzab – Ayat 45 - 48 :- Baca nescaya mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.
48. Surah Al Ahzab – Ayat 60 - 66 :- Baca nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
49. Surah
50. Surah Fathir – Ayat 29 - 30 :- Baca nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.
51. Surah Yasin :- Baca setiap malam Jumaat, baca 41 kali nescaya tercapai segala hajat. 21 kali, doa istighfar untuk ibubapa akan diampunkan oleh Allah.
52. Surah As Saffat :- Insyallah akan memelihara daripada gangguan jin.
53. Surah Shad – Ayat 42 :- Nescaya mendapat kebahagiaan sejati.
54. Surah Al Furqan :- Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular
55. Surah Asy Syura – Ayat 15 :- Memohon perlindungan dan untuk menegakkan keadilan.
56. Surah Ad Dukhan :- Baca di waktu malam, maka meminta ampun baginya 70000 para malaikat di waktu pagi.
57. Surah Al Waqiah :- Baca setiap malam jauh dari papa. Baca 40 kali setiap hari akan dipermudahkan rezeki.
58. Surah Al Mulk :- Baca setiap hari solat Isyak akan mendapat keampunan. Terlepas dari siksa kubur dan terkeluar dari neraka masuk ke syurga.
**Cuba praktiskan yang terbaik untuk diri kita!~...insya Allah!~ *peringatan tuk diri sendiri juga.*
Friday, October 9, 2009
Puasa Enam dan Puasa Qada
PUASA SUNAT (6 HARI SYAWAL)
Apakah dalil bagi kelebihan berpuasa di bulan syawal?Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.)
Adakah disyaratkan puasa enam hari itu dilakukan berturut-turut?
Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdhal) ialah melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi memulainya dari dua syawal.
Jika seseorang itu mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya, adakah harus ia berpuasa enam sebelum mengqadha puasanya?
Harus kerana puasa qadha Ramadhan memiliki waktu yang panjang untuk dilakukan iaitu sehingga Ramadhan tahun berikutnya, adapun puasa enam hari di bulan Syawal waktunya adalah terhad. Namun jika kita dapat melakukan puasa qadha terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan puasa Syawal, itu yang terbaik kerana kita mendahulukan ibadah yang wajib ke atas yang sunat. Dan ada ulamak berpendapat; harus kita meniatkan keduanya sekali dalam satu puasa, tetapi yang terbaik kita memisahkannya kerana akan memperbanyakkan amalan kita kepada Allah.
Rujukan...
http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-sunat-6-hari-syawal.html
Wednesday, October 7, 2009
Suami orang....
Saturday, October 3, 2009
Open House untuk pelajar SK BEKENU!~
Cikgu dah pesan datang pukul 10..tapi ada juga datang awal. Amboii Basri...930pagi dah terpacak kat umah cikgu ni..apa cerita ni Basri...
Lepas pukul 10 je, mula la tetamu kecil ini memenuhi ruangan rumah sewa kami yg tak seberapa ni. Ya Tuhan, comel-comel mereka ni.
Menu kami, bihun sup, nasi impit, kuah kacang, kentang grg, keropok grg, kuih raya yang pelbagai, air special cikgu Intan dan lain-lain makanan sampingan. Harap semuanya berpuas hati la ye. Mana yang kurang tu lain kali kami perbaiki.
Mari kita lihat aksi mereka...
Dari kiri..Nada, Dareen, Farah dan Mimi..
Ai mimi ni la sehari suntuk duduk umah kami. Malam baru i hantar dia pulang. Mak ayahnya ada tutorial OUM. Tapi i suka je melayan budak2 ni. So tak ada hal la...
3 beradik ni memang awal sampai..sabo je la..
Tgk mata Azmi...mcm tak boleh buka je..
mmg mata stail mcm ni budak ni..penat tgk mata dia..hihi!`
3 beradik + sepupu (Nazarina)
Putih melepak Athirah ni...geram tgk dia..
Alhamdulillah semua berjalan lancar. Majlis rumah terbuka kami ni cukup makanan. Biasa lah kan budak2 makan pelbagai gaya..ada yg pandai jaga, tertib, beradab, ada yang sembarang je. Hihi....tak apalah. Terima kasih kepada tetamu2 kecil yang sudi datang memeriahkan suasana. Lain tahun ada rezeki kita jumpa lagi ya dalam maslis mcm ni...insya Allah!~...daaaa.....