Saturday, June 13, 2009

KEK ASAM MANIS MUDAH

Bahan-bahannya:

330 gram marjerin Daisy
320 gram gula kastor
6 biji telur gred A
320 gram tepung gandum Cap Sauh
6-8 bungkus kecil asam manis
1 sudu teh esen vanila atau perisa pisang
Sedikit pewarna kuning atau oren.

Cara Membuatnya:

1. Panaskan air dalam pengukus. Sediakan loyang 9x9.

2. Dalam satu bekas, putar marjerin dan gula hingga bergaul rata.

3. Masukkan telur satu persatu dan diputar dengan kelajuan tinggi.

4. Masukkan esen vanila dan tepung gandum. Pukul hingga sebati. Warnakan dengan pewarna kesukaan anda.

5. Dalam bekas lain, patah-patahkan asam manis tadi dengan sedikit tepung gandum.

6. Masukkan asam manis dalam adunan tadi dan gaul menggunakan senduk kayu. Kacau sehingga rata dan masukkan ke dalam loyang. (Loyang perlu dialas dengan kertas minyak)

7. Kukus sehingga masak.


Sekian.....

Selepas buat beberapa kali, memang menjadi dan sedap. Cuma tahap kemanisan tu kena pandai-pandai adjust. Kadang2 beli gula ni ada yang terlebih manis...ada yang kurang manis. Pandai-pandai lah ye....

SELAMAT MENCUBA!!!

3 comments:

roynee said...

salam,cikgu intan sy tgh mencari pengedar perfumes egytian potion(bukan one drop)di kws miri,kalau berminat ble singgah di www.leiny.net atau call sy Puan Leiny 0135187620 atau sms

diana said...

SALAM..
NIH 1ST TIME MASUK BLOG U..
NICE YOUR BLOG..
SEJUK MATA MEMANDANG..
ADER AMIK RESEPI KEK ASAM MANIS MUDAH NI..
CADANG NAK WAT FOR MY KID'S BEZDAY 2MORROW..
WISH ME LUCK...
HOPE KITE BLEH FRIENDS N SHARING BANYAK INFO...

intan_has said...

diana...thanks....(^_^)
Sharing is caring!~